fbpx

Lagi kes budak lemas dalam kolam renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Forensik HRPB di Ipoh

IPOH – Hanya dalam tempoh enam hari, satu lagi kejadian lemas membabitkan kanak-kanak perempuan berlaku di kolam renang sebuah rumah di Tambun di sini semalam.

Mangsa berusia tiga tahun itu dijumpai terapung di dalam kolam renang kanak-kanak sekitar pukul 6.30 petang oleh abangnya yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati kolam renang tersebut terletak di tepi rumah jiran kepada datuk mangsa.

Katanya, semasa kejadian ibu mangsa berada di dalam rumah manakala bapanya telah keluar menghantar saudara pulang ke tempat penginapan lain.

“Mangsa yang dijumpai dalam keadaan terapung segera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia.

“Bedah siasat telah pun dijalankan ke atas mayat kanak-kanak itu di mana hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat lemas,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 33(1) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan berpatutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI