fbpx

Rampasan makmal perubatan di Khartoum berisiko bebaskan ‘bom kuman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP hitam muncul dari sebuah bangunan di sebatang jalan di Khartoum, 24 April lalu. - AFP

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai risiko biologi berbahaya selepas kumpulan yang bertempur di Sudan menakluki Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di bandar ibu negara, Khartoum, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Ia berlaku ketika negara-negara asing bergegas melancarkan usaha memindahkan rakyat masing-masing dari Sudan dan dalam masa sama, keganasan menjejaskan persetujuan gencatan senjata yang ditaja oleh Amerika Syarikat (AS).

Sumber perubatan berpangkat tinggi memberitahu CNN bahawa makmal yang diambil alih oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF) itu mengandungi sampel-sampel penyakit dan bahan-bahan biologi lain.  

Wakil WHO di Sudan, Nima Saeed Abid menyifatkan perkembangan itu sebagai amat berbahaya kerana pihaknya mempunyai sampel penyakit polio, taun dan campak di makmal itu.

“Terdapat risiko biologi besar yang dikaitkan dengan rampasan makmal kesihatan awam pusat di Khartoum oleh salah satu pihak yang berperang,” tambahnya.

Sementara itu, WHO dalam satu kenyataan kepada CNN berkata, juruteknik-juruteknik makmal terlatih tidak lagi mempunyai akses ke atas makmal itu selain kemudahan tersebut tidak lagi mempunyai bekalan elektrik.

Ini bermasud makmal berkenaan tidak mungkin boleh menguruskan bahan-bahan biologi yang disimpan untuk tujuan perubatan.

“Terputusnya bekalan elektrik bermaksud terdapat risiko kerosakan pada stok beg darah yang semakin berkurangan,” ujar ketua pengarah makmal berkenaan.

Kata sumber lain, sekiranya tercetusnya sebarang konfrontasi bersenjata di kemudahan tersebut,  ia akan mengubah makmal menjadi ‘bom kuman’.

“Campur tangan antarabangsa yang segera dan pantas diperlukan untuk memulihkan tenaga elektrik dan membebaskan makmal daripada sebarang konfrontasi bersenjata kerana kita menghadapi bahaya biologi sebenar,” tambah sumber itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI