fbpx

Youbaby bantu bina asas perniagaan pengedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengedar yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat diraikan dengan meriah, selain menerima pelbagai hadiah lumayan sebagai inisiatif untuk menggalakkan mereka terus berdaya saing.

BATU PAHAT – Mempertaruhkan produk kegunaan ibu dan bayi untuk dikomersialkan di pasaran bukan sahaja mengundang risiko yang tinggi, malah jika silap formulanya boleh menjejaskan tahap kesihatan pelanggan.

Kulit bayi yang sensitif memerlukan penjagaan yang sangat rapi dan bukan sebarang produk boleh disesuaikan untuk kumpulan pelanggan ini, jadi ibu bapa adalah golongan yang penting untuk membuat pemilihan terbaik bagi menentukan kesihatan anak masing-masing.

Bagi usahawan yang menceburi bidang tersebut, ia memerlukan satu semangat yang kuat dari segi mental dan fizikal untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dalam pasaran kerana mereka perlu mengeluarkan produk yang menjalani kajian dan pembangunan yang teliti bagi menghasilkan produk berkualiti.

Bersandarkan kepada pelbagai pengalaman yang ditimba oleh pengasas syarikat, Youbaby Million Sdn. Bhd. (Youbaby), Noor Syahida Irwani Maarof tidak menoleh ke belakang lagi kerana beliau berkeyakinan terhadap bidang perniagaan yang sangat bersesuaian dengan jiwanya.

Beliau mula membuka empayar perniagaannya sejak tahun 2018 secara berdikit-dikit dengan sokongan ahli keluarga dan kakitangan yang setia dengannya sehingga ke hari ini.

Rangkaian perniagaannya bukan sahaja menguasai pasaran domestik tetapi telah menembusi negara jiran seperti di Singapura dan Brunei.

Berkat usaha gigih anak kelahiran Klang, Selangor yang berusia 34 tahun itu, telah berjaya meningkatkan jenama Youbaby sekali gus memperoleh pelbagai anugerah yang telah mengiktiraf kejayaan syarikat sepanjang operasinya sejak tahun 2018.

Pada fasa awal perniagaan, syarikat pernah mengeluarkan produk kelengkapan ibu me­ngandung dan pakaian tetapi kini ia lebih fokus mengeluarkan produk penjagaan ibu dan bayi.

“Buat masa ini, kami memiliki beberapa produk popular yang terdiri daripada krim, gel mandian, serum dan produk aroma­terapi yang dijual pada harga berpatutan dan sepadan dengan kualiti produk yang ditawarkan.”

“Ia dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti daun gelenggang yang memiliki khasiat terbaik bagi membantu mening­katkan tahap kesihatan bayi khususnya dari aspek membantu masalah kulit, batuk dan juga kembung perut,” katanya dalam sesi temu bual di sini baru-baru ini.

Beliau juga menjelaskan, kejayaan syarikat banyak bergantung kepada komitmen dan sokongan yang diberikan oleh para pengedar dari seluruh ne­geri.

Oleh itu, YouBaby telah mengambil beberapa inisiatif untuk menyokong pengedar yang mempunyai minat yang tinggi dalam mengendalikan perniagaan di bawah syarikat tersebut.

Antara inisiatifnya adalah menyediakan modul bagi langkah awal untuk memulakan perniagaan, strategi yang mampan dalam menjalankan perniagaan secara online atau offline serta menyediakan kits produk untuk pengedar yang baru mendaftar perniagaan di bawah YouBaby.

Lebih 1,500 orang menceburi perniagaan di bawah Youbaby dan kini mereka mampu berdikari membina asas perniagaan masing-masing melalui produk yang telah diyakini oleh pasaran sedia ada serta testimoni yang dipercayai mampu menarik minat pe­langgan baharu untuk mencubanya.

“Kami menjangkakan jumlah pengedar akan bertambah kepada 3,000 orang pada tahun ini ke­rana ia menawarkan model perniagaan yang berdaya saing dan mampu memberi pulangan yang baik kepada mereka yang menceburinya.

“Ramai daripada golongan suri rumah, ibu tunggal, graduan malah kaum lelaki yang berada di bawah bimbingan syarikat mampu menjana pendapatan yang tinggi setiap bulan.

“Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan kerana kami berjaya membantu golongan tersebut menambah pendapatan dalam persekitaran eko­nomi yang mencabar selain kos sara hidup yang tinggi,” jelasnya.

Usahawan ini menerangkan, pengedarnya mampu memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan jika konsisten menambah jualan dan mencari pelanggan baharu.

Hanya bermulakan modal serendah RM30, pengedar akan dilatih dan dibimbing untuk menawan pasaran melalui promosi di media sosial atau melalui inisiatif sendiri hadir menjual secara offline di kawasan tumpuan orang ramai.

Hasil titik peluh dan pengorbanan mereka tidak akan disia-siakan oleh syarikat, malah Noor Syahida Irwani memberitahu, mereka juga akan diraikan dalam satu majlis penghargaan dengan pemberian hadiah serta ganjaran bersandarkan kepada sasaran jualan tahunan yang berjaya dicapai.

“Ini adalah usaha kami untuk melahirkan jutawan dalam kalangan pengedar kami kerana mereka berkebolehan dan mampu mencapai kejayaan sekali gus dapat membantu rakan pengedar di bawahnya,” jelasnya.

Mengulas mengenai perancangan terbaharunya pada tahun 2023, wanita ini menjelaskan, syarikat bakal melancarkan tiga produk baharu yang akan melengkapkan lagi pilihan barangan kepada para pelanggannya.

Selain itu, Youbaby turut bersama-sama mengembangkan perniagaan dengan mempromosikan produk mereka melalui ­penyertaan kempen pameran dan ekspo jualan.

Ini adalah untuk memper­kenalkan jenama Youbaby dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pemilihan produk terbaik bagi penjagaan ibu mengandung serta bayi.

“Kami juga dalam peranca­ngan untuk membuka kios dan outlet di setiap negeri bagi meluaskan empayar selain memudahkan pelanggan dan pengedar mendapatkan produk serta maklumat terbaharu daripada syarikat.

“Kini kami memfokuskan perniagaan kepada pasaran offline kerana masyarakat kini lebih suka membeli-belah di luar berbanding sebelum ini, jadi ia lebih terdorong kepada jualan di platform online,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI