HULU TERENGGANU – Gara-gara gagal mempamerkan tanda amaran larangan penjualan produk merokok kepada individu bawah 18 tahun di premis perniagaannya, seorang pengusaha kedai runcit didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini.
Majistret Nur Athirah Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Orang Kena Saman (OKS), Mazni Abdul Ghani selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan selepas dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, Mazni didakwa gagal mempamerkan tanda amaran larangan jualan produk merokok kepada individu bawah 18 tahun di kedai runcitnya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan OKS di kedai runcitnya di Kampung Landas, di sini pada 20 Ogos 2025.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10(2)(a)(i) akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kesihatan, Alias Awang Kechik. – KOSMO! ONLINE














