fbpx

Wanita jatuh bangunan hempap wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu terjatuh dari bangunan tempat letak kereta di London dan menimpa pejalan kaki di bawah. -Marc in Nowak/ LNP

LONDON – Dua wanita berada dalam keadaan kritikal selepas seorang daripada mereka terjatuh dari sebuah bangunan dan menghempap wanita yang lain, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Insiden itu menyebabkan pihak berkuasa menutup jalan utama di Wood Green, London selama beberapa jam.

Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan anggota polis dan paramedik Perkhidmatan Ambulans London (LAS) berkumpul di hadapan sebuah kedai makan.

Kedua-dua wanita itu kini kritikal, manakala usaha dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengesan waris mereka.

Laporan berita tempatan mengatakan bahawa wanita itu jatuh dari bangunan tempat letak kereta dan menimpa pejalan kaki di bawahnya.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata: “Polis dipanggil oleh LAS pukul 4.50 petang (waktu tempatan) pada Rabu, 12 April mengenai laporan seorang wanita cedera selepas terjatuh dari tempat tinggi di High Road, Wood Green.

“Seorang lagi wanita cedera dalam kejadian itu. Mereka telah dibawa ke hospital untuk rawatan di mana mereka berdua masih dalam keadaan kritikal.

“Siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan dan pihak kami sedang berusaha untuk mengesan waris mereka,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI