fbpx

Anak tudung jadi topeng lepas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wajah kanak-kanak tersebut ditutupi anak tudung selepas pulang dari sekolah.

PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok berkongsi momen lucu mengenai anaknya yang baru pulang dari sekolah.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Shira, video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang pulang dari sekolah dengan keadaan anak tudung hitam yang telah menutupi mukanya.

“Muka mana muka,” kata Shira di ruangan kapsyen.

Video yang hampir mencecah 100,000 tontonan itu menerima reaksi positif daripada penonton yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan.

“Ya Allah, terkejut makcik. Ingat pakai topeng tadi,” kata Shawadamila Ziza.

“Anak oh anak, nak sekolah ke nak merompak bank nak (anak) oii,” ujar Aziela. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI