fbpx

Bot nelayan ditahan APMM tarik pukat di kawasan larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan yang ditahan APMM di perairan Kuala Kurau, Parit Buntar semalam.

PARIT BUNTAR – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C ditahan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau pada kedudukan 10.6 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau di sini pada sekitar pukul 10.40 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Kuala Kurau dan larut matang, pasukan bot peronda APMM telah mengesan bot itu dan ia dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemui seramai empat nelayan warga Thailand termasuk tekong, memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dalam lingkungan umur antara 25 hingga 48 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen dan kebenaran menggajikan kru warga asing yang sah, namun melakukan kesalahan dengan menarik pukat di kawasan yang tidak dibenarkan seperti yang ditetapkan dalam lesen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kira-kira 160 kilogram (kg) ikan campur dan 500kg ikan baja ditemui semasa pemeriksaan dilakukan.

Mohd. Najhan berkata, kesemua kru ditahan, manakala bot peralatan menangkap ikan serta hasil perikanan disita sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti perikanan di kawasan yang tidak dibenarkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI