fbpx

20 ahli gengster diburu merusuh di upacara pengebumian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video kejadian seorang lelaki berusia 30-an dipercayai mati ditembak kumpulan kongsi gelap di Taman Melodies, Johor Bahru, 20 Mac lalu.

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang memburu sekumpulan 20 anggota kongsi gelap yang melakukan rusuhan dalam satu upacara pengebumian di sebuah premis pengurusan mayat bukan Islam, di sini kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, sehari sebelum kejadian, mangsa yang juga mempunyai beberapa rekod jenayah telah dibunuh secara kejam menggunakan senjata api.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan juga Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Pada 20 Mac lalu, ada seorang lelaki Cina berusia 30-an dibunuh di Taman Melodies, di sini. Mangsa telah ditembak namun siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui motif pembunuhan tersebut.

“Keesokkan harinya, semasa upacara pengebumian mangsa, sekumpulan 20 lelaki telah datang dan membuat kekacauan di tempat sembahyang mendiang, jadi usaha mengesan pelaku sedang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, pihaknya juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa terlibat dalam satu kes pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak, di Taman Pelangi, di sini, enam tahun lalu.

Menurut sumber, mangsa telah ditembak di sebuah kedai serbaneka 24 jam pada pukul 1 pagi ekoran berlaku dendam antara pihaknya dengan kumpulan kongsi gelap.

Sementara itu, dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan keranda dipercayai berisi mayat mendiang dan juga papan bunga kalung telah dijatuhkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI