fbpx
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa premis itu di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Premis tidak bernombor simpan diesel haram digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Taktik menggunakan premis tidak bernombor untuk menyimpan diesel bersubsidi secara haram di Telok Panglima Garang di sini, terbongkar selepas digempur pihak berkuasa semalam.

Serbuan Ops Tiris 4.0 pukul 5 petang dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor itu membawa kepada rampasan 4,000 liter diesel dan penahanan seorang lelaki tempatan.

Pengarah KPDN negeri, Hanif Asa’ari berkata, hasil pemeriksaan menemukan satu unit skid tank dianggarkan berkapasiti 30,000 liter dan berisi diesel kira-kira 4,000 liter.

“Selain itu, peralatan lain bagi kegunaan aktiviti pemindahan bahan api ke tempat penyimpanan disita seperti hos penyambung, pump flow meter. Anggaran keseluruhan rampasan kira-kira RM50,000 dan berjaya memyelamatkan subsidi negara mencecah RM15,000. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 20 (1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN