fbpx

Euro 2024: Rashford terlepas aksi bersama England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD (kanan) berdepan masalah kecederaan akibat bertembung dengan Mitrovic ketika aksi Piala FA Isnin lalu. – AFP

LONDON – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford terpaksa digugurkan daripada skuad antarabangsa England selepas dia dikatakan masih belum pulih daripada kecederaan yang dialami sebelum ini.

Ketiadaan Rashford pastinya menjadi satu tamparan hebat buat England menjelang saingan kelayakan Euro 2024 apabila dia menjaringkan 19 gol selepas tamat saingan Piala Dunia 2022 di Qatar Disember lalu.

United juga sudah mengeluarkan kenyataan pemain tonggak­nya itu terpaksa dipanggil balik daripada menyertai latihan pusat The Three Lions selepas terce­dera ketika bertemu Fulham pada suku akhir Piala FA Ahad lalu.

“Kami dengan dukacita memaklumkan Marcus Rashford terpaksa digugurkan daripada skuad England. Dia mengalami kecederaan ringan ketika United menang 3-1 ke atas Fulham pada saingan Piala FA.

“Pemain No. 10 itu memerlukan rawatan selepas bertembung dengan Aleksandar Mitrovic. Kami juga sudah ambil langkah segera dengan mengeluarkan Rashford bagi memastikan dia tidak mengalami kecederaan le­bih serius,” kata United menerusi satu kenyataan.

Selain Rashford, England juga tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol Newcastle Uni­ted, Nick Pope dan pemain tengah Chelsea, Mason Mount kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

Walaupun tidak memanggil pemain lain bagi menggantikan Rashford, Southgate masih memiliki penyerang berkualiti yang boleh mengetuai jentera serangan termasuk Phil Foden, Harry Kane, Bukayo Saka dan Ivan Toney. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI