fbpx

Percepat tender tebatan banjir, kurangkan tekanan masa depan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melepaskan kenderaan sukarelawan penjawat awam bagi memberikan bantuan pasca banjir kepada manga di Johor di Putrajaya pagi ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mempercepatkan proses tender projek tebatan banjir dalam usaha mengurangkan tekanan rakyat khususnya kepada mangsa terlibat pada masa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara ini merupakan antara usaha lain dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu mangsa banjir selain menghantar pasukan sukarelawan penjawat ke Johor pasca kejadian banjir.

“Langkah lain seperti tebatan banjir, saya telah minta Perbendaharaan untuk segerakan proses tender supaya dapat mengurangkan tekanan untuk tahun mendatang.

“Tetapi, langkah segera terutamanya membeli ‘water jet’ sudah dilakukan. Saya percaya ini dapat membantu rakyat di bawah yang sedang tertekan dan memberi makna besar kepada mereka,” katanya ketika berucap pada majlis pelepasan pasukan sukarelawan penjawat awam pasca banjir ke Johor di sini hari ini.

Pada majlis ini, Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) membariskan seramai 1,520 penjawat awam seluruh negara mewakili semua kementerian dan agensi untuk membantu mangsa banjir di daerah Batu Pahat.

Jabatan Perdana Menteri berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pula berperanan mengatur usaha mobilisasi serta menyelaras pembahagian kawasan kepada sukarelawan terlibat.

“Usaha kali ini lebih tertumpu dan bersasar kepada aspek pembersihan fasiliti perubatan, fasiliti pendidikan, bangunan kerajaan serta tempat- tempat awam.

“Antara bentuk bantuan telah dikenal pasti adalah tenaga kerja pembersihan, sumbangan bakul makanan, alatan pembersihan dan kelengkapan asas persekolahan selain penyelenggaraan kenderaan kecil, baik pulih peralatan elektrik kecil termasuk kerja pendawaian berskala kecil serta khidmat sokongan psikologi dan kaunseling,” ujarnya.

Sebanyak 153 buah kenderaan terdiri daripada 26 buah bas, 16 buah van, lapan buah lori, 64 buah kenderaan pacuan empat roda dan 39 buah kereta digerakkan dalam operasi bantuan kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI