fbpx
Fahmi ketika sidang akhbar selepas melancarkan gudang pintar termaju CelcomDigi di Shah Alam. FOTO/AFIQ RAZALI/KOSMO!

Sasar 98 peratus liputan 5G seluruh negara menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Kerajaan menyasarkan liputan rangkaian 5G di seluruh negara mencapai 98 peratus menjelang 2030, sebagai langkah memperkukuh agenda pendigitalan negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan kemajuan teknologi yang membolehkan rangkaian berkenaan diperluas ke seluruh kawasan.

“Ketika ini, liputan 5G di Malaysia adalah lebih 80 peratus, manakala liputan 4G pula ada adalah 84 peratus.

“Dari segi teknologi, kita melihat kemampuan dan keupayaan 5G dalam memberikan akses internet yang lebih menyeluruh dan cepat,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan CelcomDigi’s Advanced Intelligent Warehouse di sini, hari ini.

Menurut beliau, selain untuk capaian internet, 5G turut memberi impak besar kepada sektor industri menerusi penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) yang memerlukan sambungan lebih stabil dan laju.

Fahmi berkata, CelcomDigi menjadi peneraju peluasan 5G di seluruh negara dan berharap syarikat telco lain turut mengikut langkah sama bagi mempercepatkan liputan rangkaian itu.

“Saya melihat penggunaan teknologi 5G Standalone (5G SA) yang dipelopori CelcomDigi dapat memberikan banyak manfaat, terutama sekali dalam kerja-kerja di dalam gudang.

“Dalam pada itu, saya telah meminta MCMC (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) berbincang bukan sahaja dengan CelcomDigi, malah syarikat telco lain bagi memperluas penggunaan aplikasi yang memanfaatkan teknologi 5G,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN