fbpx
Kerja-kerja pembaikan paip yang giat dilakukan pihak berwajib jika berlaku henti tugas. – Gambar hiasan

Paip uzur lebih 40 tahun, rugi RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sistem perpaipan uzur yang menjangkau usia 40 tahun beberapa ne­geri menjadi punca utama kepada kadar Air Tidak Terhasil (NRW) yang tinggi sehingga me­ngakibatkan Malaysia kerugian secara purata RM2 bilion setahun.

Lebih burukkan keadaan apabila paip itu turut pecah sama ada disengajakan atau tidak, disebabkan kemalangan, pembinaan bangunan dan lebuh raya.

Proses pembaikan pula boleh mencecah sehingga 6 bulan bagi kes-kes yang melibatkan paip utama bersaiz besar.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dianggarkan 10,000 kerja pembaikan kebocoran paip setiap bulan khususnya di kawasan taman-taman perumahan sekitar Selangor dan Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman mendedahkan terdapat tiga faktor utama NRW iaitu fizikal seperti kebocoran paip atau tangki yang menyumbang 75 peratus atau 4,782 juta liter air sehari (JLH) seperti direkodkan pada tahun 2021.

Katanya, kehilangan komersial seperti curi air dan meter tidak tepat pula menyumbang 20 peratus atau 1,727 JLH bagi tahun sama.

Selebihnya adalah penggunaan sah yang tidak dibilkan merangkumi kerja mencuci loji oleh operator, kegunaan anggota bomba bagi pemadaman kebakaran serta air yang dibekalkan secara percuma semasa gangguan bekalan air.

“Paling banyak aduan yang kami terima adalah melibatkan kebocoran paip dengan masalah itu terjadi ekoran paip-paip uzur yang berusia hampir atau lebih 40 tahun.

“Tempoh baiki bergantung kepada kondisi paip, alat ganti dan struktur geografi lokasi,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ahmad Faizal menambah, berdasarkan statistik 2021, jumlah panjang paip agihan bekalan air adalah sepanjang 134,219 kilometer (km) di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ujarnya, kira-kira 30 peratus daripadanya adalah paip jenis Asbestos Cement dengan paip-paip itu mudah bocor atau pecah dan sudah melepasi jangka hayat operasi 30 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN