fbpx

Tekong darat, 9 PATI dicekup lepas seberang Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang tekong darat dan sembilan PATI ditahan di Kampung Bukit Nangka, Tanah Merah semalam. -Foto 2 DIVISYEN

TANAH MERAH – Seorang tekong darat yang dipercayai membawa masuk sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup selepas mereka menyeberang Sungai Golok di Kampung Bukit Nangka di sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, lelaki tempatan bersama tujuh PATI warga Myanmar dan dua orang warga India itu ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi semasa anggota tentera menjalankan rondaan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.

Menurutnya, bertindak atas maklumat perisikan, pasukan beroperasi berjaya menjejak dan menahan sekumpulan PATI yang baru sahaja memasuki negara ini secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok

“Hasil pemeriksaan mendapati, tekong darat itu berusia 37 tahun manakala kesemua PATI berusia dalam lingkungan 22 hingga 55 tahun.

“Selain itu, empat buah telefon bimbit, barangan kemas selain wang tunai mata wang Malaysia, Thailand dan India yang bernilai lebih RM5,145 turut dirampas,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua suspek dihantar ke Balai Polis Bukit Bunga di sini untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasukan beroperasi akan terus mempertingkat rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI