fbpx

Anwar ucap takziah kemangkatan Puteri Al-Jawhara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mahkota Mohammad Bin Salman menunaikan solat jenazah Puteri Al-Jawhara binti Abdulaziz, di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah buat Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Salman atas kemangkatan Puteri Al-Jawhara Abdulaziz Al-Saud.

Anwar menerusi hantaran di laman Twitternya memberitahu, beliau berasa dukacita selepas mendapat perkhabaran berhubung kemangkatan Puteri Al-Jawhara.

“Saya dan Azizah (Wan Azizah Wan Ismail) amat berdukacita apabila mengetahui kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia Puteri Al-Jawhara Binti Abdulaziz Al-Saud.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia, kerabat diraja dan rakyat Kerajaan Arab Saudi dan rakyat Arab Saudi

“Semoga Allah SWT merahmati Allahyarhamah Puteri Al-Jawhara dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh di Jannah,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI