Gambar hiasan.

Tujuh dron Houthi dipintas di Mekah, Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Pakatan diketuai Arab Saudi pada Ahad memaklumkan bahawa pihaknya memintas dan memusnahkan dua dron yang dilancarkan kumpulan Houthi di wilayah Makkah serta dua lagi dron di wilayah Madinah, menjadikan keseluruhan tujuh dron dipintas pada hari berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki mengumumkan kejayaan memintas dron berkenaan menerusi beberapa kenyataan berasingan di platform media sosial X.

Bagaimanapun, beliau tidak mengenal pasti pihak yang melancarkan dron yang dipintas di Madinah atau memberikan maklumat mengenai kemungkinan kecederaan dan kerosakan akibat kejadian itu.

Terdahulu pada Ahad, pakatan berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Houthi ke arah Riyadh serta tiga dron di Wilayah Timur Arab Saudi.

Kumpulan Houthi meningkatkan serangan terhadap Arab Saudi sejak Julai lalu dengan menggunakan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kruis dan dron yang menyasarkan lapangan terbang, kemudahan minyak serta lokasi lain.

Arab Saudi mengetuai pakatan tentera yang menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa sejak Mac 2015, selepas Houthi menguasai ibu negara Sanaa dan beberapa wilayah lain pada September 2014. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN