Tangkap layar hantaran yang dibuat di Facebook rasmi Onn Hafiz pagi ini.

Bangsa Johor jangan mudah terpengaruh dakwaan tidak berasas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Bangsa Johor diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang mencurigakan dan dakwaan tidak berasas berkaitan projek pembangunan serta kemudahan awam di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya akan membuat laporan polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya siasatan dapat dilakukan ke atas sejumlah media sosial yang mencurigakan.

Katanya, perkara tersebut menimbulkan keraguan kerana sebahagian besar hantaran menggunakan ayat dan naratif hampir sama, termasuk mendakwa wujud projek bernilai ratusan juta ringgit serta menyebut nama syarikat yang meragukan.

Menurut beliau, sebahagian besar akaun berkenaan pula didapati tidak mempunyai pengikut, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tujuan kewujudan dan aktiviti akaun berkenaan.

“Namun, jika ada pihak yang sengaja menggunakan akaun palsu untuk mereka-reka cerita atau menyebarkan maklumat tidak benar bagi menghasut rakyat, perkara ini tidak boleh dipandang ringan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN