fbpx

Enam sekeluarga bersekongkol edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang rampasan yang ditunjukkan di IPD Timur Laut, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam sekeluarga dan merampas pelbagai barang terlarang itu bernilai RM128,912 dalam serbuan di Seberang Perai dan Jelutong, Sabtu lalu.

Mereka yang ditahan adalah lelaki tempatan bersama isterinya warga Indonesia berusia 57 serta 45 tahun serta dua anak mereka berumur 16 serta 22 tahun. Turut ditahan dua lagi saudara mereka berusia 22 dan 64 tahun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, rampasan sejumlah dadah dilakukan selepas penahanan suspek utama di Perai, dekat sini pada pukul 6 petang, Sabtu lalu.

“Dengan dipandu arah oleh suspek, polis menyerbu sebuah rumah di Jelutong yang digunakan untuk menyimpan dan membungkus dadah tersebut.

“Siasatan awal mendapati salah seorang ahli keluarganya menyedari kegiatan lelaki tersebut dan kami masih menyiasat sama ada ahli keluarganya yang lain juga tahu.

“Polis merampas wang tunai RM59,000 dan jumlah rampasan termasuk dadah adalah RM188,812. Sindiket ini aktif sejak enam bulan lalu dan mendapatkan bekalan daripada rangkaian sindiket. Dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 23,010 penagih,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua anak-beranak dan saudara mereka direman sehingga 10 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI