fbpx

Ahli kongsi gelap, rakan dicekup samun pemandu teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki ditangkap polis selepas empat jam melakukan samun terhadap pemandu teksi di tepi jalan berhampiran Tokong Thai San Kong di Pengerang, semalam.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki yang disyaki ahli kumpulan kongsi gelap bersama rakannya berjaya ditahan selepas empat jam melakukan samun ke atas seorang pemandu teksi di tepi jalan berhampiran Tokong Thai San Kong di Pengerang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.50 petang dimana kedua-kedua suspek berusia 30-an itu pada awalnya menaiki teksi berkenaan dari Gelang Patah menuju ke Pengerang, Johor.

Katanya, mereka kemudian bertindak melakukan samun ke atas pemandu berusia 70-an sebelum berjaya ditahan kawasan semak berhampiran.

“Semasa tiba di tepi jalan berhampiran Tokong Thai San Kong, pada pukul 4.30 petang, suspek telah bertindak mengacukan senjata tajam di belakang pinggang mangsa. Suspek telah mengarahkan mangsa menyerahkan barang berharga dan kemudian melarikan diri ke kawasan dalam semak berdekatan.

“Di dalam kejadian tersebut, dua unit telefon bimbit jenama Nokia, wang tunai RM400 dan seutas jam tangan jenama Casio yang dianggarkan keseluruhan bernilai RM800 telah dilarikan.

“Dalam tempoh tidak lebih daripada empat jam selepas kejadian, bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah berjaya melakukan tangkapan ke atas kedua-dua suspek serta turut merampas semula barangan milik mangsa yang disamun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan kedua suspek mendapati terdapat tatu berbentuk labah-labah dan lipan pada bahagian dada kiri serta lengan kanan salah seorang suspek dan disyaki merupakan ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI