fbpx
Anwar ketika menyempurnakan flag off pada Majlis Peluncuran Pembaharuan Teksi Madani Nasional di Dataran Merdeka hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

Peruntukan tambahan RM10 juta bagi perkasa industri teksi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta bagi membantu pemandu teksi di seluruh negara memiliki kenderaan baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambahan peruntukan itu menjadikan jumlah keseluruhan dana kepada RM20 juta bagi menjaga kebajikan dan pemerkasaan pemandu teksi di seluruh negara.

Ini kerana katanya, peruntukan RM10 juta diumumkan dalam Belanjawan 2026 sebelum ini habis dimanfaatkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

Sekali gus membuktikan permintaan tinggi dalam kalangan pemandu untuk menukar kenderaan lama kepada model baharu.

“Dana kerajaan yang saya umumkan dalam Belanjawan tahun lalu ialah RM10 juta. Disebabkan sambutan yang amat baik, saya luluskan hari ini tambahan RM10 juta lagi.

“Peruntukan ini khusus untuk industri teksi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional di Dataran Merdeka hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN