fbpx

Sindiket selenggara judi online tumpas, 39 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Polis berjaya menumpaskan sindiket yang membangunkan serta menyelenggara laman sesawang perisian perjudian di sekitar ibu kota pada 28 Februari lalu.

Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) selepas menerima maklumat dan risikan berhubung sindiket berselindung di sebalik dua syarikat berasaskan teknologi maklumat dan pengaturcaraan komputer bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, hasil serbuan pihaknya berjaya menahan seramai 39 individu berusia 23 hingga 43 tahun melibatkan 22 lelaki dan 10 wanita warga tempatan termasuk dua warga asing dipercayai pekerja syarikat tersebut.

“Berdasarkan risikan, sindiket didapati beroperasi di sebalik dua syarikat berasaskan teknologi maklumat dan pengaturcaraan komputer bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan membangunkan laman sesawang yang mengumpul pelbagai jenis permainan judi dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihak polis juga turut merampas komputer riba sebanyak 30 unit, komputer (sembilan), telefon bimbit (47), modem (tiga), router (tiga), dan pasport (satu).

Tambahnya, kesemua individu yang ditahan direman selama empat hari dan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 4(1)(C), Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI