fbpx

Trio si cantik ‘genius’ segarkan Helo Doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA wanita cantik, Adriana, Anim dan Nadia kini menjadi taruhan Helo Doktor yang bersiaran secara langsung setiap Ahad pukul 5.30 petang menerusi TV3.– SHIDDIQIN ZON

BUKAN lagi satu program asing dalam dunia penyiaran, kini Helo Doktor kembali untuk musim keenam sejak 1 Januari lalu.

Meneruskan paparan isu kesihatan semasa, Helo Doktor tampil lebih segar dengan trio pengacara cantik, Anim Ezati, Adriana Adnan dan Nadia Azmi.

Istimewanya pada musim keenam, pihak produksi menambah tiga segmen baharu iaitu Doctor In The House, Diari Doktor dan Fakta Atau Mitos.

Selaku Penerbit Bersama, Irin Putri Azmi dan pihak produksi sepakat menambah segmen baharu untuk tidak membiarkan penonton cepat bosan dengan rancangan berilmiah tersebut.

Selain Irin, Helo Doktor turut diproduksikan oleh Nurul Huda Hj. Khalid dan Ikha Arnisya Mohd. Anuar, penerbit eksekutif dan penerbit.

“Segmen baharu iaitu Doctor In The House akan menampilkan Doktor Malar Santhi kerana dia dikenali ramai dengan pendekatan yang mudah difahami dan sangat menarik.

“Bermula tahun ini juga kami memperkenalkan segmen Diari Doktor yang menyajikan kehidupan harian doktor serta latar belakangnya.

“Selain itu, kami juga menyediakan segmen Fakta Atau Mitos yang sebelum ini pernah ditampilkan cuma kami menambah baik dalam bentuk video,” katanya

Selain segmen baharu, Irin juga memilih wajah-wajah baharu sebagai pengacara untuk memberi kelainan pada musim keenam.

“Pemilihan hos agak susah kerana mencari yang betul-betul boleh menggalas tanggungjawab dengan baik.

“Menerusi sesi uji bakat, kami sudah nampak mereka lebih menyerlah kerana masing-masing mempunyai pengalaman asas.

“Mereka juga dipilih kerana ‘beauty with brain’ apabila sering melakukan kajian sebelum rancangan bermula,” jelasnya.

TIDAK ambil mudah walaupun sudah muncul dalam tiga musim, Anim Ezati masih anggap tanggungjawab sebagai hos bukan sesuatu yang remeh

Cabaran

Sebagai hos berpengalaman, Anim Ezati yang merupakan pengacara Wanita Hari Ini (WHI), menjelaskan, selain menukar pendekatan formal mengikut kesesuaian, dia juga harus mengubah sudut pandangan apabila terdapat pengulangan isu.

“Cabaran untuk musim kali ini apabila terlalu banyak musim telah saya sertai, akan ada banyak topik yang sudah dibincangkan.

“Namun, saya bernasib baik apabila ada panel berbeza dan banyak memberi idea baharu, jadi sudut pandangan semasa bersiaran langsung,” kata Anim yang sudah tiga musim bersama Helo Doktor.

Sama seperti Anim, pelakon Adriana Adnan tidak terkecuali mengendalikan program Helo Doktor bersesuaian dengan penonton sasaran walaupun banyak terlibat dalam rancangan hiburan.

“Sebelum ini saya menjadi hos program santai atau hiburan, kali ini lebih formal. Jadi, penerbit meminta untuk tidak jadikan terlalu santai atau formal.

“Segala topik yang diberikan perlukan rujukan terlebih dahulu dan banyak kena baiki dari segi penggunaan bahasa,” ujar Adriana yang baru terlibat sebagai hos Helo Doktor kali ini.

Melengkapkan trio wanita Helo Doktor, penglibatan Nadia Azmi untuk pertama kali dalam rancangan santai memberikan banyak pengalaman kepadanya untuk memperbaiki diri kemahiran depan kamera.

“Saya kena sesuaikan diri kerana sering ditegur terlalu serius semasa mengendalikan Helo Doktor.

“Namun, saya fikir ini landasan yang sesuai untuk memperbaiki diri sebagai pengacara,” tutur penyampai berita TV3 itu,

Helo Doktor bersiaran langsung setiap hari Ahad jam 5.30 petang menerusi TV3.

ADRIANA menyahut tawaran sebagai hos Helo Doktor kerana ingin membuat sesuatu yang baharu setiap tahun.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI