fbpx

200 premis tawar Menu Rahmah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (empat kanan) menunjukkan Menu Rahmah ditawarkan sebuah premis di Shah Alam.

SHAH ALAM – Inisiatif Menu Rahmah menerima sambutan positif apabila sebanyak 200 premis makanan telah melaksanakannya di Selangor setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, kesemua premis itu mendaftar dengan Direktori Menu Rahmah dan menyertainya secara sukarela bagi menyahut seruan kerajaan.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut menjalankan sesi libat urus dengan 95 premis lain yang turut berminat menjayakan inisiatif tersebut.

“Bagi premis yang sudah menjual menu pada harga RM5 atau ke bawah, mereka boleh menjenamakan semula menu itu sebagai Menu Rahmah.

“Kerajaan negeri amat mengalukan premis yang mahu mengurangkan harga sedia ada tanpa mengubah kuantiti dan kualiti hidangan tersebut,” katanya selepas menyempurnakan Program Menu Rahmah Peringkat Negeri Selangor di sini, hari ini.

Mohd. Zawawi menjelaskan pihaknya menyokong sepenuhnya inisiatif  meringankan kos sara hidup rakyat itu terutama golongan yang mahu membeli makanan bermasak seimbang berharga RM5 dan ke bawah.

Tambah beliau, orang ramai disaran melayari portal kementerian bagi menyemak senarai premis pilihan yang menyediakan menu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI