fbpx

Banjir: Negeri Sembilan catat 807 mangsa di 11 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang kini ditempatkan di beberapa PPS yang dibuka di Negeri Sembilan

SEREMBAN – Seramai 807 orang mangsa banjir kini berada di 11 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tiga buah daerah di Negeri Sembilan setakat pukul 8 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kol. (PA) Mohd. Nazri Mes Kam berkata, jumlah berkenaan daripada 218 buah keluarga dengan daerah Tampin mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 595 orang.

“Sebanyak lima buah PPS telah dibuka di daerah Tampin iaitu PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Jelai 4, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gedok, PPS SK Sungai Kelamah, PPS Balai Raya Pasir Besar dan PPS SK Londah.

“Sebanyak 158 buah keluarga kini berada di PPS di Tampin, dengan PPS SK Sungai Kelamah menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 524 orang daripada 135 buah keluarga,” katanya hari ini.

Sementara itu, empat buah PPS dibuka di daerah Jempol yang menempatkan seramai 152 orang mangsa daripada 38 buah keluarga.

Mohd. Nazri menambah, seramai 60 orang mangsa banjir pula ditempatkan di dua buah PPS yang telah dibuka di daerah Kuala Pilah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI