fbpx

Pembangunan Kesedar Food Valley tangani isu keterjaminan makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) semasa tiba di Ibu Pejabat Kesedar, Gua Musang sempena sesi lawatan kerja beliau ke Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Usaha kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang membangunkan Kesedar Food Valley di sini merupakan langkah untuk memastikan isu keterjaminan makanan ditangani menerusi pengeluaran hasil pertanian di kawasan seluas 900 hektar tanah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kesedar melaksanakan tiga projek utama menerusi Kesedar Food Valley iaitu Pertanian Hasil Baru, Penternakan Lembu Pedaging dan Agrotek Desa.

Menurutnya, setakat ini, tanaman jagung, nanas MD2, kelapa, labu, cili kulai, sayur-sayuran fertigasi selain tanaman kekal seperti durian dan dokong telah dijalankan di kawasan seluas 22 hektar di Agrotek Manik Urai, Kuala Krai.

“Selain itu, Kesedar turut membangunkan tanaman kopi jenis robusta di tanah seluas 60 hektar melalui kerjasama Nestle Malaysia menerusi Program Nescafe Grown Respectfully.

“Kesedar telah mengeluarkan dana sebanyak RM900,000 kepada anak syarikatnya, Kesedar Dagang Sdn. Bhd (KDSB) bagi memulakan usaha-usaha penternakan lembu pedaging bermula tiga tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Kesedar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, KDSB kini sedang mengusahakan ternakan lembu pedaging secara fidlot dan integrasi di Kesedar Sungai Asap dan Chalil di sini melibatkan kawasan seluas 150 hektar.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI