fbpx
Pengurusan kanan syarikat menunjukkan dokumen perjanjian sempena pelancaran projek hartanah GD Properties di Kuala Lumpur kelmarin.

GD Properties lancar servis apartment bernilai RM1.37 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – GD Properties telah melancarkan sebuah projek pembangunan bercampur, KL360 @ Menara GD,  dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.37 bilion di daerah pusat perniagaan (CBD) Kuala Lumpur.

Projek yang terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Raja Uda di sepanjang Jalan Tun Razak itu telah dirancang untuk menjadi sebuah tanda seni bina dan pelancongan yang setaraf dengan pembangunan ikonik KL seperti Menara Berkembar Petronas dan TRX, Merdeka 118 serta Menara KL, KL360 @ Menara GD.

Menara yang setinggi 61 tingkat ini juga akan menjadi salah satu
pembangunan bercampur tertinggi di bandar raya ini apabila siap kelak.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan GD Properties, Datuk Seri Yeat Sew Chuong berkata,  dengan projek  KL360, kami mencipta destinasi CBD 39;di kayangan yang mana orang ramai akan tinggal, berhubung dan merasai pengalaman yang benar-benar luar biasa.

“Kami juga berbangga untuk mengumumkan rakan pembangunan utama kami bagi KL360, China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pembinaan tersohor di peringkat global dengan rekod prestasi yang cemerlang,” katanya pada majlis pelancaran projek tersebut kelmarin.

Projek tersebut menampilkan pelbagai tarikan unik di paras tinggi, termasuk restoran dan pusat peruncitan di aras tinggi, dek awan 360° berkeluasan 25,000 kaki persegi, kolam tebing 60 meter, laluan awan, zon permainan air awan dan ‘gelongsor awan; kaca terpanjang yang pertama di Malaysia.

Selain itu, KL360 @ Menara GD merangkumi 785 pangsapuri kediaman berkhidmat, 221 suite pejabat dan 20 unit peruncitan.

“Ia dilengkapi dengan 40 kemudahan gaya hidup sosial, kecergasan,
dan kesejahteraan yang disusun rapi, memuatkan pelbagai aktiviti termasuk ‘pickleball’, bola keranjang, yoga dan ‘CrossFit,” jelasnya.

Pembinaan KL360 @ Menara GD dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2026, dandijangka siap pada tahun 2030. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN