fbpx

Kastam rampas kontena berisi barang elektrik seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKDM menumpaskan cubaan menyeludup masuk barangan elektik dan peralatan memasak import bernilai lebih RM100,000. FOTO IHSAN JKDM

SEREMBAN – Sebuah kontena yang dikesan cuba menyeludup masuk barangan elektik dan peralatan memasak import bernilai lebih RM100,000 berjaya ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan awal tahun ini.

Pengarah JKDM Negeri Sembilan, Mohammad Hafiz Ishak berkata, kontena membawa barangan tersebut telah ditahan di Terminal 1 Pelabuhan Utara selepas disyaki membawa dagangan yang memerlukan sijil kelulusan pengimportan (AP).

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 800 unit peralatan elektrik dianggarkan bernilai RM108,964.80 yang dibawa masuk tidak mempunyai AP daripada Suruhanjaya Tenaga.

“Sebanyak 72 unit barangan memasak bernilai RM900 pula tidak diikrar dalam borang pengimportan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohammad Hafiz, cukai barangan elektrik berkenaan dianggarkan bernilai RM34,868.74 manakala cukai barangan memasak ialah RM238.50 dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM144,997.07.

Jelas beliau, modus operandi yang digunakan ialah dengan membawa masuk barang import tanpa AP dan dijual di pasaran.

“Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Seksyen 135(1)(e) Akta 1967 dan Akta Cukai Jualan 2018,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI