PETALING JAYA – Tindakan pasangan Rohingya cuba mempersoalkan perkhidmatan sebuah klinik kerajaan (KK) yang enggan memberi ubat mendapat kecaman dari pengguna di laman sosial.
Ini kerana dakwa pengguna, pasangan tersebut tidak layak untuk mendapat ubat atau rawatan secara percuma kerana mereka bukan warga tempatan.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang individu dikenali sebagai Dayahidayahvme berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan di KK tersebut pagi tadi.
“Rohingya ini tanya misi kenapa wife (isteri) tak dapat ubat. Misi (jururawat) pun cakap kenapa tanya saya, saya bukan doktor.
“Lepas tu dia (suami) cakap bini dia sakit muntah-muntah kenapa tak bagi ubat. Nurse (jururawat) tu pun cakap mana saya tahu. Mengandung memanglah ada muntah-muntah,”katanya.
Menurut individu itu lagi, wanita Rohingya tersebut dipercayai mengandung anak yang keempat.
“Anak keempat ya. bukan anak 1st (pertama). Demand nak ubat percuma. bagi jelah ubat mandul senang,”tegasnya.
Bagaimanapun, individu tersebut tidak menyatakan lokasi klinik kesihatan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen terhadap pasangan Rohingya itu.
“Ni macam klinik kesihatan (KK) Seri Kembangan yang bahagian belakang untuk ibu anak je? Kalau betul, KK ni penuh puak diorang (Rohingya) je,”tulis Nrulasyh.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Sapek_jasman.
“Kita sebagai rakyat dah boleh bantu pekerja perubatan di premis kesihatan dengan memaki, menghalau pendatang yang agresif. Kalau pekerja perubatan ni bertindak kasar, nanti pendatang ni akan Sispaa (Sistem Pengurusan Aduan Awam) mereka,”tulisnya. – KOSMO! ONLINE














