fbpx
Taufiq.

Harga diesel turun bukti dasar kerajaan berhasil – Dr. Taufiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengumuman kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter mulai Julai ini disifatkan sebagai bukti langkah rasionalisasi subsidi dan pengurusan kewangan negara yang dilaksanakan Kerajaan Madani mula membuahkan hasil.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari menerusi satu hantaran di Instagram berkata, keputusan kerajaan untuk menurunkan harga diesel itu memberi manfaat langsung kepada rakyat di seluruh negara.

Menurutnya, walaupun dunia masih berdepan ketidaktentuan ekonomi dan krisis tenaga global, kerajaan tetap meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat.

“Pengumuman ini adalah bukti dasar pengurusan kewangan yang berdisiplin dan langkah penjimatan yang diperkenalkan Kerajaan Madani pada awal Mei lalu telah membuahkan hasil.

“Walaupun di tengah ketidaktentuan ekonomi dan krisis tenaga global, kebajikan dan kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan,” katanya.

Mohammed Taufiq berkata, perkembangan itu turut memperlihatkan kepentingan kestabilan politik dalam memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Pada masa yang sama, ia turut menunjukkan betapa pentingnya kestabilan politik bagi negara. Kestabilan ini membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan, pengukuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Madani sentiasa memberi keutamaan kepada penyampaian perkhidmatan dan penyelesaian masalah rakyat berbanding retorik politik yang tidak mendatangkan manfaat.

“Kerajaan Madani pimpinan YAB Perdana Menteri akan terus memantapkan usaha demi meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat. Semoga langkah kerajaan ini dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat pada masa ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN