fbpx
Tetamu jemputan dan ahli KEMAS bergambar bersama selepas majlis memeterai kerjasama antara MAGGI dengan KEMAS baru-baru ini.

Usaha sama Maggi WCB, Kemas perkasa wanita ceburi bidang perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Program Maggi Wanita Cukup Berani (Program Maggi WCB)  menyasarkan untuk memperkasa sehingga 10,000 wanita dalam bidang kulinari menjelang akhir tahun ini.

Kejayaan ini menunjukkan program yang kini telah berkembang mampu meningkatkan kemahiran memasak seterusnya memperkenalkan mereka kepada  kemahiran asas perniagaan, termasuk pemasaran digital dan pengurusan kewangan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh berkata, bersandarkan objektif tersebut, pihaknya telah bekerjasama dengan  Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Usaha ini adalah untuk membawakan Program Maggi WCB terus ke peringkat akar umbi komuniti, membolehkan para wanita membina keyakinan, memanfaatkan peluang ekonomi dan mengambil langkah bermakna untuk mencapai kebebasan kewangan melalui makanan.

Menurut beliau, sebagai sebahagian daripada Program Maggi WCB, wanita di seluruh negara, kumpulan sasaran dijemput untuk mengemukakan idea perniagaan masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Jun untuk merebut peluang menerima dana permulaan berjumlah RM5,000 serta menyertai program bimbingan intensif selama lapan minggu, sekaligus membantu mengubah aspirasi mereka menjadi tindakan yang nyata.

“Dengan mengintegrasikan Program Maggi WCB ke dalam rangkaian komuniti Kemas
yang sedia ada, program tersebut  menyasarkan wanita daripada komuniti B40, bagi merapatkan jurang antara kemahiran tradisional dengan keusahawanan moden,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran inisiatif tersebut di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM), Bandar Baru Klang baru-baru ini.

Kemas, yang kini sedang menjalani proses transformasi digital bagi memperkukuh
perkhidmatan kepada komuniti luar bandar dan kumpulan yang kurang mendapat
akses, menyediakan asas infrastruktur yang sesuai untuk mendorong pertumbuhan
ini.

Kerjasama ini membuka laluan yang memudahkan wanita beralih daripada pembelajaran kepada amalan praktikal, kerana latihan amali mampu menterjemahkan pemerkasaan kepada tindakan, dengan sokongan ekosistem bimbingan dan mentor yang teratur.

“Program Maggi WCB melambangkan keberanian untuk mengambil langkah ke hadapan yang pertama demi membina kehidupan yang lebih baik

“Wanita ibarat tunjang keluarga dan komuniti, dan mereka memainkan peranan yang
semakin penting sebagai tunggak utama ekonomi negara. Apabila kita memperkasa
kaum wanita, kita juga memperkasa seluruh isi rumah dan generasi masa depan,” ujarnya.

Tambah beliau, menerusi usaha Kemas dan kerjasama dengan Google dan Tik Tok, pihaknya bukan
sahaja memberi inspirasi, tetapi alat praktikal, bimbingan mentor dan peluang sebenar wanita melangkah maju dan mencapai kejayaan.

Dengan tarikh tutup untuk mengemukakan idea perniagaan adalah pada 30 Jun, kami menggalakkan wanita di seluruh Malaysia untuk mengambil langkah berani sekarang kerana pemerkasaan
akan mula diperkasakan apabila berani menzahirkan idea masing-masing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN