PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak menyanyikan lagu ‘Adik Saye Abe Sore’ diringi pasukan pancaragam Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara (PU) Kuantan semalam menarik perhatian pengguna di media sosial.
Ini kerana kata pengguna, aksi kanak-kanak tersebut mendedangkan lagu nyayian asal Eda Ezrin dan Den Manjo itu mengikut lirik yang betul.
Klip video aksi kanak-kanak tersebut telah dikongsi pengguna dikenali sebagai @Ct.sarraaaaa serta turut dikongsi di.media sosial radio tempatan iaitu Molek FM.
Berdasarkan klip video tersebut, kanak-kanak perempuan itu menyanyi dengan penuh semangat berdasarkan lirik asal walaupun ada kalanya nafas tersekat.
Keberanian kanak-kanak itu turut disokong oleh aksi ‘sporting’ pancaragam TUDM yang turut memainkan muzik mengikut tempo dan alunan nyanyian kanak-kanak terbabit.
Difahamkan klip video tersebut telah dirakam sewaktu sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TUDM yang berlangsung selama dua hari PU Kuantan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji aksi kanak-kanak itu dan mereka menyifatkan TUDM juga telah ‘dikelantankan’ dengan lagu tersebut.
“TUDM dikelantankan,” tulis @Hisham Shamiz.
“Tibanya masa kita semua akan dikelantankan,” tulis @Rizal Eitow.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Nazreen Nazri.
“Pandai pulak tu ikut tempo, selalu kita yg dewasa ni pun kadang-kadang lari tone” tulisnya. – KOSMO! ONLINE














