fbpx

JDT tekad pertahan kejuaraan Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Harimau Selatan diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain import baharu seperti Santo, Muniz dan Dos Santos yang dijangka memberi kesukaran buat pasukan lawan. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

TIDAK banyak yang perlu dikatakan mengenai sang juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijangka tidak mempunyai masalah untuk melebarkan rekod pada kempen musim ini.

Di atas kertas, skuad Harimau Selatan memiliki barisan pemain terbaik di negara ini tidak kira dalam kalangan anak tempatan, pemain berdarah warisan atau bintang import yang ternyata berada dalam kelas tersendiri.

Mungkin ramai yang katakan pasukan JDT sudah mencapai klimaks prestasi selepas berjaya ‘sapu bersih’ semua empat trofi utama Liga Malaysia (Liga M) pada musim lalu seperti Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Namun, pemilik kelab yang juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat semakin ‘agresif’ dengan menandatangani beberapa pemain import yang dilihat cukup berkualiti.

Semua sudah tahu dengan penyudah berbisa dimiliki oleh trio import mereka, Bergson da Silva, Leandro Velazquez, Fernando Forestieri pada saingan musim lepas.

Namun, kehadiran tambahan beberapa pemain import baharu seperti Diogo Luis Santo, Juan Muniz dan Endrick Dos Santos dijangka terus memberi kesukaran buat pasukan pesaing.

Selain itu, JDT yang kini dikendalikan oleh Esteban Solari turut berjaya menandatangani penjaga gol utama skuad Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi yang cukup kebal bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) musim lepas.

Di atas padang, JDT dijangka mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 dengan mudah meskipun cabaran sengit bakal diberikan oleh tiga kelab, Selangor FC, Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Sabah FC.

INFO:

KETUA JURULATIH: Esteban Solari
KETUA PASUKAN: Farizal Marlias
GELANGGANG RASMI: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
GELARAN: Harimau Selatan
PEMAIN TUMPUAN: Bergson da Silva
PENCAPAIAN LIGA SUPER MUSIM LALU: Juara

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Farizal Marlias
Haziq Nadzli
Ahmad Syihan Hazmi

PERTAHANAN
Matthew Davies
Adam Nor Azlin
Aidil Zafuan Abd. Radzak
S. Kunanlan
Shane Lowry (Pemain import)
Jordi Amat (Pemain import)
Feroz Baharudin
La’Vere Corbin-Ong
Shahrul Saad
Syahmi Safari

TENGAH
Natxo Insa
Afiq Fazail
Syamer Kutty Abba
Shio Hong Wan
Safiq Rahim
Leandro Velazquez (Pemain import)
Mohamadou Sumareh
Danial Amier Norhisham
Ramadhan Saifullah
Akhyar Rashid
Juan Muniz (Pemain import)
Nazmi Faiz Mansor
Endrick Dos Santos (Pemain import)
Oscar Arribas (Pemain import)

PENYERANG
Arif Aiman Hanapi
Bergson da Silva (Pemain import)
Diogo Luis Santo (Pemain import)
Fernando Forestieri (Pemain import)
Ahmad Hazwan Bakri
Syafiq Ahmad
Guilherme de Paula

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI