fbpx

10,125 bungkus racun makhluk perosak tidak berdaftar dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahimi (tengah) menunjukkan barang rampasan racun siput gondang emas yang tidak berdaftar di Wisma Tani hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Pertanian telah merampas sebanyak 10,125 bungkusan racun makhluk perosak tidak berdaftar membabitkan nilai pasaran berjumlah RM50,625.

Rampasan dilakukan oleh Pasukan Penguatkuasaan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) di sebuah premis menjual input pertanian di Kampung Gajah, Perak pada 1 Februari lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zahimi Hassan berkata, racun makhluk perosak tidak berdaftar itu adalah sejenis racun siput yang digunakan bagi mengawal siput gondang emas (SGE) di kawasan tanaman padi.

Jelasnya, berdasarkan maklumat pada label produk, racun makhluk perosak ini diseludup dari negara China dan mengandungi perawis (kandungan) aktif ‘fentin acetate’ yang telah diharamkan penggunaannya di Malaysia.

“Kami mendapati, racun berkenaan mempunyai kadar toksik yang tinggi yang boleh menyebabkan kegatalan pada badan dan boleh menjejaskan hidupan akuatik lain di kawasan sawah padi,” jelasnya ketika sidang akhbar semalam.

Jelas Zahimi, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat diberikan orang awam yang prihatin terhadap penjualan dan penggunaan racun makhluk perosak yang tidak berdaftar itu.

Kes itu akan didakwa mengikut Seksyen 20(3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tiga tahun atau didenda RM10,000 bagi kesalahan pertama dan penjara selama enam tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI