fbpx

Naik taraf aset dan sistem keselamatan di timur Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad turun padang ke Markas Pemerintahan Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Sepanggar, Kota Kinabalu.

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan akan memastikan tahap keselamatan di timur Sabah sentiasa pada tahap tertinggi termasuk dalam aspek aset dan sistem keselamatan yang terdapat di kawasan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah meneliti perkara itu semasa turun padang ke Markas Pemerintahan Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Pelbagai aspek telah saya teliti dan ambil perhatian bagi membolehkan aset dan sistem dinaik taraf untuk memastikan tahap keselamatan di kawasan timur Sabah sentiasa pada tahap tertinggi.

“Supaya TLDM menjadi sebuah angkatan laut yang siaga, berupaya dan ampuh dalam memelihara kedaulatan perairan tanah air yang tercinta ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Mohamad memaklumkan, beliau turun padang bagi melihat sendiri dan mendalami pelbagai aspek keupayaan dan kesiapsiagaan Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM.

Beliau diiberi taklimat berkenaan Operasi Armada Timur serta Taklimat Pengoperasian kapal KD Sundang (LMS) dan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan juga fasiliti senggaraan kapal selam selain “walking brief’ aset-aset udara TLDM di Stesen Udara Kota Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI