fbpx
TONI DARUSMAN melancarkan kempen jenama baharu CIMB, Moving You Forward di Menara CIMB, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kempen Moving You Forward, perkukuh komitmen CIMB perkasa pelanggan, komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) melancarkan kempen jenama baharu, Moving You Forward, yang akan menjadi identiti utama kumpulan perbankan itu di tujuh pasaran ASEAN bagi memperkukuh komitmennya membantu pelanggan, perniagaan dan komuniti mencapai kemajuan yang lebih bermakna.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB, Toni Darusman berkata, Moving You Forward bukan sekadar slogan atau kempen pemasaran baharu, sebalik­nya mencerminkan komitmen sebenar CIMB untuk memainkan peranan lebih aktif dalam memperkasa pelanggan dan masyarakat berge­rak ke hadapan.

Beliau berkata, kempen tersebut berteraskan tujuan utama CIMB iaitu memperkasakan pelanggan dan masyarakat dengan menyediakan akses, peluang dan keya­kinan kepada mereka untuk mencapai matlamat masing-masing.

“Di CIMB, kami mempunyai visi yang jelas iaitu menjadi bank yang memajukan aspirasi masyarakat di seluruh ASEAN.

“Cita-cita kami melangkaui perbankan semata-mata. Ia berasaskan kepercayaan bahawa kemajuan sebenar berlaku apabila perniagaan dan masyarakat bergerak maju bersama-sama.

“Moving You Forward mencerminkan bagaimana kami menghidupkan tujuan utama CIMB untuk memperkasakan pelanggan dan masyarakat dengan cara yang lebih bermakna dan berimpak,” katanya pada majlis pelancaran kempen di sini baru-baru ini.

Toni berkata, konsep itu akan diterjemahkan menerusi pelbagai inisiatif merangkumi perbankan digital, pengurusan kekayaan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pendidikan serta program komuniti di seluruh rantau ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, CIMB turut komited menyumbang kepada pembangunan bandar dan ekonomi setempat menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan inisiatif seni, budaya, keusahawanan dan komuniti bagi mewujudkan bandar yang lebih mesra rakyat serta membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka.

Pada majlis yang sama, CIMB turut menganjurkan inisiatif sulung CIMB Advancing Societies 2026 – Recognising Impactful Partners, yang mengiktiraf 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial dan rakan komuniti dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina atas sumbangan mereka dalam memperkasa masyarakat, me­ningkatkan taraf hidup, memajukan pendidikan serta melindungi alam sekitar.

Antara penerima pengiktirafan ialah jaguh berbasikal trek negara dan duta jenama CIMB, Datuk Azizulhasni Awang, menerusi Anugerah Kita Bagi Jadi Hero atas sumbangan beliau dalam memperkasa dan memberi inspirasi kepada masyarakat menjangkaui arena sukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN