fbpx
Muhamad Norazlan ketika sidang akhbar pada Sambutan Ulangtahun TUDM ke-68, di Pangkalan Udara Subang, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

Rancangan penggantian pesawat C-130 diteliti – TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang meneliti rancangan penggantian pesawat pengangkut taktikal C-130 Hercules yang mencecah usia 50 tahun.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, disebabkan itu pesawat-pesawat berkenaan memerlukan perhatian khusus dari segi penyelenggaraan.

“Semua pesawat berkenaan sudah berusia antara 31 hingga hampir 50 tahun, sekali gus memerlukan perhatian khusus. Sememangnya pesawat C-130 bagus. Tetapi apabila sudah tiba masanya, penggantian (pesawat baharu) itu lebih baik daripada penyelenggaraan kerana ia melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas berucap di Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-68 di Pangkalan Udara Subang, di sini hari ini.

Tambah Muhamad Nurazlan, setiap aset pertahanan yang diperoleh akan digunakan secara optimum bagi memastikan pulangan terbaik terhadap pelaburan negara, meliputi aspek latihan dan operasi.

“Apabila kita membeli pesawat pejuang, kita akan menggunakannya sehingga ke tahap optimum.

“Latihan juga dilaksanakan secara maksimum kerana dalam situasi konflik, pesawat-pesawat ini akan digunakan sehingga ke had keupayaan yang ditetapkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN