fbpx
Muhamad Norazlan (depan, tengah) selepas berucap di Majlis Sambutan Ulangtahun TUDM ke-68, di Pangkalan Udara Subang, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

TUDM sedia terima dua pesawat FA-50M Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan dua pesawat pesawat tempur ringan, FA-50M dijadual tiba di Malaysia pada Oktober depan.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, bakinya pula akan diterima secara berfasa hingga Mac 2028.

Beliau berkata, ia sekali gus membuktikan bahawa unjuran projek perolehan 18 pesawat berkenaan berada di landasan tepat.

“Kita telah pun menstruktur semula Skuadron No.15 dan memindahkannya ke Pangkalan Udara Kuantan yang akan menjadi pusat operasi utama bagi pesawat ini.

“Pada masa ini, kerja-kerja naik taraf kemudahan di pangkalan tersebut sudah berada di fasa akhir dan akan siap sepenuhnya pada Julai depan dengan pengisian kekuatan anggota skuadron juga telah pun mencapai 90 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-68, di Pangkalan Udara Subang, di sini hari ini.

Jelas beliau, Kumpulan Perintis telah pun dihantar untuk menjalani latihan intensif di Korea Selatan sejak Oktober tahun lalu, bagi memastikan kelancaran operasi dari hari pertama pesawat mendarat.

“Mereka terdiri daripada enam jurulatih penerbangan dan 56 kru kejuruteraan. Semua juruterbang telah menjalani latihan kajian bawah dan simulator, selain sedang menjalani latihan penerbangan dengan pesawat TA-50.

“Dua juruterbang pertama akan tamat latihan pada Oktober depan, manakala empat lagi pada Disember. Persediaan sudah lengkap 100 peratus, jadi setibanya pesawat FA-50M pada Oktober nanti, insya-Allah TUDM sedia untuk terus mengoperasikannya tanpa kelewatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN