fbpx

Warga Myanmar hilang di sungai dilibas tali tongkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang patah kaki selepas terpelanting ke tebing sungai akibat dilibas tali tongkang. - IHSAN BOMBA

KUCHING – Seorang lelaki warga Myanmar hilang selepas terjatuh ke dalam sungai manakala seorang lelaki warga tempatan patah kaki dan seorang lagi cedera ringan selepas dilibas tali tongkang berdekatan Dermaga Hock Seng Lee Wah, Jalan Pending di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pengurus syarikat tongkang terbabit kira-kira pukul 9.10 pagi tadi, dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Padungan ke lokasi.

Katanya pengurus syarikat tersebut memaklumkan kejadian berlaku ketika ketiga-tiga orang pekerja di tongkang terbabit sedang mengikat tali tongkang.

“Tiba-tiba tali tersebut melibas ketiga-tiga mangsa dan seorang daripada mereka mengalami cedera ringan, seorang patah kaki dan seorang dikhuatiri tenggelam di dalam sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya kedua-dua mangsa yang cedera iaitu Salalo Jumbai, 37, manakala Albert Ramba, 35, telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara warga Myanmar yang masih hilang dikenali sebagai Khaw Khaint berusia 28 tahun dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih dijalankan ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI