fbpx

Siapa juara Famili Duo, nak dengar komen Mas Idayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT pasangan duo yang akan berentap merebut gelaran juara Famili Duo malam ini sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

HARUS diakui bahawa Famili Duo musim kedua tahun ini lebih menyengat.

Bukan sahaja disebabkan kualiti barisan peserta tetapi juga disensasikan lagi dengan kisah peribadi, ada yang emosi berlebih-lebih tak tahan kena kecam, siapa lagi kalau bukan Sissy Iman, ada yang suami buat hal macam Bella Astillah dan ada jadi orang ketiga macam Fyna Jebat.

PASANGAN Zaki Yamani dan Osama Yamani tidak ketinggalan berentap dalam final Familki Duo malam ini.

Tenggelam semua komen mengutuk tentang kualiti pengacaraan Janna Nick.

Untuk hari dan malam ini, lupakan segala kontroversi dan mari fokus siapa yang beri saingan sengit sehingga bergelar juara.

Ada yang menebak Ayda Jebat dan Fyna antara calon juara tetapi tidak boleh ketepikan kehebatan Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, Bella dan Wani Kayrie serta Sissy bersama Naim Daniel.

Masing-masing mempunyai kekuatan sendiri. Diva juga tak sabar nak tonton sama ada Mas Idayu akan kekal merajuk dan enggan memberi komen terhadap Sissy atau akan lebih profesional malam nanti.

DIVA: Menyampah pula sikap seorang artis yang kononnya masih nak merahsiakan pernikahannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI