INSTITUT Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, Rembau, Negeri Sembilan telah menewaskan 20 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Negara (ILKBS) lain dari seluruh negara apabila berjaya muncul juara keseluruhan Sukan ILKBS baru-baru ini. Ketua Kontinjen Bowling IKTBN Chembong, Husna Maisarah Nasir Khan, 19, berkata, dia sangat bangga dengan kejayaan pasukannya yang muncul juara acara berkenaan setelah membuat persiapan sejak awal tahun ini. Menurut pelajar jurusan lukisan seni bina itu, mereka telah menjalani latihan secara konsisten sejak beberapa bulan sebelum……














