fbpx

Lelaki putus kepala dibaham jerung raksasa ketika menyelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lopez diserang seekor jerung ketika menyelam di luar pantai Mexico. - Facebook

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang lelaki di Mexico maut akibat dibaham seekor jerung sehingga menyebabkan kepalanya terputus daripada badan mangsa, lapor akhbar The Sun semalam.

Manuel Lopez dikatakan menyelam di luar pantai Mexico apabila diserang seekor jerung sepanjang 5.8 meter sambil diperhatikan sekumpulan nelayan lain, demikian menurut laman web Tracking Sharks.

Lopez dikatakan sedang mengutip ax tripe, sejenis haiwan bercengkerang seperti kerang di laut sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan).

“Dia sedang menyelam apabila haiwan itu menyerang, membaham kepala dan menggigit kedua-dua bahunya,” kata saksi, Jose Bernal.

Jelas Bernal, penyelam tempatan telah diberi amaran tentang kehadiran jerung di kawasan itu. 

Beribu-ribu pemancing kekal di darat kerana kehadiran jerung putih besar, lapor Tracking Sharks. Laut di luar pantai Mexico dihuni salah satu jerung putih terbesar di dunia yang dikenali sebagai Deep Blue. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI