fbpx

KTMB tawar diskaun 25 peratus kepada pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rani (tiga kanan) ketika melancarkan kempen Travel Sama Sama di Sky Park Link KL Sentral, hari ini. -FOTO FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan tawaran sebanyak 25 peratus selama setahun buat seluruh rakyat Malaysia melalui Kempen Travel Sama-Sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan buat penumpang-penumpang berikutan Diskaun Keluarga Malaysia sepanjang tahun lepas yang mendapat sambutan menggalakkan.

“Dalam Diskaun Keluarga Malaysia yang telah pun tamat 31 Disember lalu, seramai 208,603 penumpang telah memanfaatkan diskaun tersebut yang berjumlah RM2,691,522.

“Oleh itu, tahun ini kita akan mengadakan Kempen Travel Sama-Sama dimana ia merupakan salah satu tawaran KTMB untuk mengurangkan beban kos sara hidup disamping mengalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan pengangkutan awam.

“KTMB sentiasa cakna dengan maklum balas rakyat Malaysia yang memilih perkhidmatan kereta api yang berkualiti, selesa dan berpatutan, terutamanya mereka yang berkeluarga untuk pergi bercuti dan pulang ke kampung,” katanya dalam majlis pelancaran kempen tersebut, di KL Sentral, hari ini.

Tambahnya, di dalam kempen ini, pemberian diskaun secara berkumpulan sebanyak 25 peratus hanya sah untuk warganegara Malaysia dengan pembelian minimum empat tiket dewasa atau kanak-kanak dalam satu transaksi yang sama dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan.

Ujarnya, diskaun ini sah bagi pembelian bermula 27 Januari hingga 31 Disember tahun ini dengan melibatkan semua perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Perkhidmatan Ekspres Intercity

Di dalam majlis ini juga, KTMB turut meraikan Penumpang Setia Perkhidmatan ETS bagi tahun 2022 yang dipilih berdasarkan kekerapan menggunakan perkhidmatan ETS mengikut laluan iaitu Kuala Lumpur-Ipoh, Kuala Lumpur-Butterworth, Kuala Lumpur- Pdg Besar.

Tiga penumpang bertuah telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tertentu dan membawa pulang hadiah berupa sebuah tablet, barangan Railboutique dan tambah nilai di KTM Wallet bernilai RM2,000.

Salah seorang pemenang, Norizawah Anwar, 44, yang telah menaiki ETS sebanyak 320 kali sepanjang tahun lepas, dirinya berasa gembira dan teruja kerana ini sememangnya merupakan penghargaan yang besar daripada pihak KTMB.

Jelasnya yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta, dia telah menggunakan ETS untuk berulang-alik dari Ipoh ke tempat kerjanya yang terletak di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI