fbpx

Polis cari dua lelaki ‘rembat’ topi keledar berharga RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua lelaki mencuri topi keledar seorang pelanggan pasar raya di bandar Kluang, petang semalam.

KLUANG – Polis mengesan dua lelaki yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kerana mencuri topi keledar milik seorang pengunjung beli-belah pasar raya di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd. Noh berkata, kejadian dirakam pada pukul 5.30 hingga 5.55 petang semalam di tempat meletakkan motosikal di pasar raya berkenaan.

Menurut beliau, pemilik topi keledar, Fadzil Salleh, 52, datang ke premis tersebut pada pukul 5.30 petang semalam dengan menunggang motosikal dan mengunci topi keledar miliknya sebelum beredar.

“Selepas membeli barang kira-kira 25 minit selepas itu, pengadu mendapati topi keledarnya tiada.

“Semakan melalui CCTV mendapati dua lelaki yang belum dikenal pasti telah memotong tali topi keledar sebelum beredar dengan motosikal jenis Ego Avantiz,” katanya.

Menurut Bahrain, semakan mendapati topi keledar itu berharga RM50 sahaja. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI