fbpx
Ernie sentiasa memukau ramai tetapi dalam masa sama, terselit juga komen-komen kurang enak yang Diva baca mengenai busana berona hijau dipakainya.

Tak sesuai imej, ramai pakat tegur baju Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini Diva perasan ada beberapa individu muat naik foto dan video ketika Ernie Zakri membuat persembahan di sebuah acara minggu lalu.

Rata-rata memuji persembahan dan nyanyian Ernie yang sentiasa memukau ramai tetapi dalam masa sama terselit juga komen-komen kurang enak yang Diva baca mengenai busana berona hijau dipakainya.

Kata segelintir individu, baju yang dipakai Ernie tidak bersesuaian dengan imejnya seorang wanita bertudung.

“Ernie boleh pilih baju lain, kenapa perlu pakai juga?

“Baju ini tak sesuai dengan bentuk badan Ernie dan elakkan pakai korset di bahagian luar.

“Sedih tengok, kita tengok dia pakai pun rasa tidak selesa,” komen netizen.

Itu sekadar nasihat ramai, mungkin realitinya Ernie sangat selesa dengan baju tersebut.

Tapi harap setiap teguran dijadikan pengajaran ya.

DIVA: Kata netizen, juri Big Stage Rocketfuel berat sebelah dalam pemberian markah?  



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN