fbpx
Siti Zulaika dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Di manakah Siti Zulaika?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Siti Zulaika Saiful Anuar pada pukul 4.35 petang, Jumaat lalu.

Menurut beliau, remaja itu dipercayai hilang sejak pukul 6.30 petang, Khamis lalu.

“Siti Zulaika berusia 16 tahun, berketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 45 kilogram, berambut lurus dan berkulit sawo matang.

“Lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di sebuah unit di Pangsapuri Damai Mewah B, Jalan Damai Mewah 2, Kajang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja itu diminta tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Vaelmurgan Amarthalingam di talian 019-6111660, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN