fbpx

Komisen RM1,300 simbah cat, baling molotov koktel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan polis kelmarin kerana dipercayai telah mengambil upah daripada sindiket ahlong untuk menjalankan kerja-kerja mengugut mangsa di beberapa lokasi sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ketiga-tiga suspek tersebut ditahan dalam tiga serbuan berasingan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Menurut beliau, mereka yang ditahan adalah dua lelaki berusia 25 dan 36, manakala seorang wanita yang ditahan pula berusia 43 tahun.

“Dalam serbuan yang dijalankan bermula pukul 9 pagi hingga 2.30 petang itu, suspek masing-masing ditahan secara berasingan di Bandar Seri Alam, Iskandar Puteri dan Johor Bahru.

“Mereka ditahan kerana terlibat melakukan perbuatan khianat iaitu dengan membakar dan menyimbah cat di rumah mangsa yang merupakan peminjam daripada sindiket ahlong terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, menerusi soal siasat yang dijalankan, suspek mengakui menerima bayaran sebanyak RM1,300 untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

“Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas sebuah motosikal dan beberapa peralatan yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan jenayah tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti penglibatan suspek dalam lain-lain kes jenayah di dalam dan luar daerah Kulai,” ujarnya.

Beng Yeow turut memberitahu, semakan rekod lampau mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kesemua mereka direman selama enam hari bermula semalam sehingga 16 Januari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan didenda selain Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI