fbpx
Gambar dua individu yang berlagak seperti pasangan kekasih tular sejak petang tadi melarikan jambangan bunga wang tunai di sebuah kedai di Port Dickson kelmarin. - Foto MEDIA SOSIAL

Pasangan kekasih ‘rembat’ bunga duit diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Dua individu yang berlagak seperti pasangan kekasih tular sejak petang tadi selepas melarikan jambangan bunga wang tunai bernilai RM700 di sebuah kedai di daerah ini.

Dalam hantaran tular di media sosial, pasangan tersebut dikatakan memberikan transaksi palsu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd. Ruslan Mat Kib mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 6 petang kelmarin.

“Lokasi kejadian di sebuah kedai bunga di Port Dickson. Kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran sebuah motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN