fbpx

Pemilik syarikat percetakan buat tuntutan palsu RM100,000 direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemilik syarikat percetakan dihadapkan ke Mahkamah Johor Bahru bagi mendapat tahanan reman oleh SPRM Cawangan Batu Pahat bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik syarikat percetakan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, dua tahun lalu.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Selasa depan terhadap lelaki berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Norkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, SPRM Cawangan Batu Pahat menahan individu itu di pejabat SPRM Johor Bahru pada pukul 5 petang selepas memberikan keterangan.

Menurut sumber, difahamkan individu itu
mengemukakan tuntutan palsu terhadap sebuah sekolah menengah di sebuah daerah, di negeri ini pada 2021 berkaitan pembekalan cetakan modul pembelajaran untuk kegunaan pelajar, namun pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.

suspek lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pukul 5 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI