fbpx

Lelaki maut rempuh treler sedang bayar tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan mangsa yang remuk selepas kemalangan di Plaza Tol Subang Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Petaling Jaya, tengah malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut apabila treler dipandunya merempuh sebuah lagi treler yang sedang berhenti membayar tol di Plaza Tol Subang Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian tersebut sekitar pukul 12.37 tengah malam tadi.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kemalangan tersebut melibatkan dua pemandu lori treler.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga India telah melanggar sebuah lagi lori yang sedang membayar tol.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang berusia 31 tahun telah maut di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Fakhrudin memaklumkan agar sesiapa yang melihat atau berada di lokasi kejadian, mohon untuk tampil ke balai polis berdekatan.

“Orang awam juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A. Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI