fbpx
KEADAAN kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 31.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Sedenak, Kulai pagi tadi. Foto BOMBA

[VIDEO] Pemandu treler maut nahas enam kenderaan di Sedenak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 31.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Sedenak di sini pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah selepas treler dipandunya yang membawa muatan besi pagar terbakar hampir 80 peratus.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Khairil Mohd. Adzami berkata, kemalangan itu melibatkan enam kenderaan iaitu sebuah lori kontena Dong Feng, treler, Toyota Hilux, van, lori 10 tan dan lori satu tan.

Menurutnya, empat mangsa lain dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu lori kontena dan lori 10 tan bagaimanapun tidak dapat dikesan kerana dipercayai sudah meninggalkan lokasi kejadian ketika Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba.

“Kami menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan 10 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran bantu mula dengan sumber air secara ulang alik daripada pili bomba berhampiran sehingga kebakaran berjaya dikawal. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN